Monday 9 January 2012

Soalan | Apakah persamaan antara takaful dan insurans konvensional?

Soalan: Apakah persamaan antara takaful dan insurans konvensional?

Jawapan: Kedua-dua insurans takaful dan konvensional memberikan perlindungan ketika berlakunya kejadian yang buruk dan tidak dijangka dan sumbangan harus dibayar untuk memulakan perlindungan. Insurans adalah peralihan risiko oleh seseorang individu atau sesebuah organisasi, seperti perniagaan anda, kepada syarikat insurans. Anda atau organisasi anda dikenali sebagai pemilik polisi. Syarikat insurans menerima bayaran dalam bentuk premium dan akan memberikan pampasan kepada anda bagi kerugian atau kerosakan yang anda alami

Takaful memberikan perlindungan berdasarkan prinsip Syariah. Dengan menyumbangkan sejumlah wang untuk dana takaful dalam bentuk sumbangan ('Tabarru'), anda akan diikat dengan kontrak (aqad) untuk menjadi salah seorang peserta dengan bersetuju untuk saling membantu, sekiranya mana-mana peserta mengalami kerugian yang ditakrifkan.

Kedua-dua insurans dan takaful mempunyai prinsip-prinsip asas yang sama. Sebagai contoh, pengambil insurans mesti mempunyai kepentingan kewangan yang sah dalam risiko yang diinsuranskan, bererti anda harus menanggung kerugian kewangan sekiranya risiko yang dipertanggungkan berlaku. Insurans anda atau kontrak takaful adalah kontrak niat baik (kepercayaan). Dengan demikian, anda sebagai pemilik sijil harus mendedahkan semua bahan maklumat yang diperlukan. Jika salah satu bahan fakta yang relevan tidak didedahkan, sijil mungkin tidak sah dan anda tidak akan dilindungi terhadap segala kerugian atau kerosakan.

0 comments:

Post a Comment