Monday 9 January 2012

Soalan | Apakah perbezaan antara insurans takaful dan konvensional?

Soalan: Apakah perbezaan antara insurans takaful dan konvensional?

Jawapan:
Tidak seperti insurans konvensional, di mana risiko dipindahkan daripada pemilik insurans kepada syarikat insurans, risiko takaful dikongsi bersama-sama oleh para peserta. Operasi Takaful adalah berdasarkan prinsip-prinsip kebersamaan, di mana setiap peserta membuat sumbangan untuk dana takaful. Sekiranya terjadi kerugian, peserta akan menerima jumlah tuntutan tersebut.

Semua pelaburan yang diuruskan oleh pengendali takaful adalah selaras dengan prinsip-prinsip Syariah. Dana-dana ini diuruskan oleh pengendali takaful bagi pihak peserta, yang mana akan memberi manfaat kepada peserta.

Selain itu, tidak seperti insurans konvensional, para peserta takaful mengekalkan pemilikan atas dana takaful. Sumbangan dari peserta kemudian dilaburkan di dalam pelaburan halal atau dana Syariah yang sesuai untuk memperolehi pendapatan pelaburan. Sekiranya dana menghasilkan lebihan, ia kemudian dikongsi di antara peserta (dan, dalam beberapa kes dengan pengendali takaful). Hal ini menghasilkan situasi 'sama menang' untuk semua peserta.

Operator takaful juga mempunyai Lembaga Penasihat Syariah yang akan memantau kegiatan operasi dalam memastikan bahawa ia mematuh pada prinsip Syariah. Ini mengambil kira dalam semua aspek operasi.

Takaful dan syarikat insurans konvensional berkongsi matlamat yang sama, iaitu untuk memberi perlindungan kepada anda, orang yang anda cintai dan harta benda anda yang berharga.

1 comments: