This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Monday 9 January 2012

Soalan | Apakah perbezaan antara insurans takaful dan konvensional?

Soalan: Apakah perbezaan antara insurans takaful dan konvensional?

Jawapan:
Tidak seperti insurans konvensional, di mana risiko dipindahkan daripada pemilik insurans kepada syarikat insurans, risiko takaful dikongsi bersama-sama oleh para peserta. Operasi Takaful adalah berdasarkan prinsip-prinsip kebersamaan, di mana setiap peserta membuat sumbangan untuk dana takaful. Sekiranya terjadi kerugian, peserta akan menerima jumlah tuntutan tersebut.

Semua pelaburan yang diuruskan oleh pengendali takaful adalah selaras dengan prinsip-prinsip Syariah. Dana-dana ini diuruskan oleh pengendali takaful bagi pihak peserta, yang mana akan memberi manfaat kepada peserta.

Selain itu, tidak seperti insurans konvensional, para peserta takaful mengekalkan pemilikan atas dana takaful. Sumbangan dari peserta kemudian dilaburkan di dalam pelaburan halal atau dana Syariah yang sesuai untuk memperolehi pendapatan pelaburan. Sekiranya dana menghasilkan lebihan, ia kemudian dikongsi di antara peserta (dan, dalam beberapa kes dengan pengendali takaful). Hal ini menghasilkan situasi 'sama menang' untuk semua peserta.

Operator takaful juga mempunyai Lembaga Penasihat Syariah yang akan memantau kegiatan operasi dalam memastikan bahawa ia mematuh pada prinsip Syariah. Ini mengambil kira dalam semua aspek operasi.

Takaful dan syarikat insurans konvensional berkongsi matlamat yang sama, iaitu untuk memberi perlindungan kepada anda, orang yang anda cintai dan harta benda anda yang berharga.

Soalan | Apakah persamaan antara takaful dan insurans konvensional?

Soalan: Apakah persamaan antara takaful dan insurans konvensional?

Jawapan: Kedua-dua insurans takaful dan konvensional memberikan perlindungan ketika berlakunya kejadian yang buruk dan tidak dijangka dan sumbangan harus dibayar untuk memulakan perlindungan. Insurans adalah peralihan risiko oleh seseorang individu atau sesebuah organisasi, seperti perniagaan anda, kepada syarikat insurans. Anda atau organisasi anda dikenali sebagai pemilik polisi. Syarikat insurans menerima bayaran dalam bentuk premium dan akan memberikan pampasan kepada anda bagi kerugian atau kerosakan yang anda alami

Takaful memberikan perlindungan berdasarkan prinsip Syariah. Dengan menyumbangkan sejumlah wang untuk dana takaful dalam bentuk sumbangan ('Tabarru'), anda akan diikat dengan kontrak (aqad) untuk menjadi salah seorang peserta dengan bersetuju untuk saling membantu, sekiranya mana-mana peserta mengalami kerugian yang ditakrifkan.

Kedua-dua insurans dan takaful mempunyai prinsip-prinsip asas yang sama. Sebagai contoh, pengambil insurans mesti mempunyai kepentingan kewangan yang sah dalam risiko yang diinsuranskan, bererti anda harus menanggung kerugian kewangan sekiranya risiko yang dipertanggungkan berlaku. Insurans anda atau kontrak takaful adalah kontrak niat baik (kepercayaan). Dengan demikian, anda sebagai pemilik sijil harus mendedahkan semua bahan maklumat yang diperlukan. Jika salah satu bahan fakta yang relevan tidak didedahkan, sijil mungkin tidak sah dan anda tidak akan dilindungi terhadap segala kerugian atau kerosakan.

Visi Dan Misi Takaful Malaysia

Visi: Menjadikan kami pilihan utama insurans

Matlamat kami adalah untuk melangkaui jangkaan/harapan pelanggan melalui:

Kecemerlangan Operasi
Kebolehan Dalam Daya Saing Teknologi
Inovasi Produk
Budaya Kerja Berorientasikan Prestasi


Di dalam usaha untuk meningkatkan nilai pemegang saham

Latar Belakang Syarikat Takaful Malaysia

Syarikat Takaful Malaysia Berhad (Takaful Malaysia) diperbadankan pada 29 November 1984. Modal dibenarkan semasa Takaful Malaysia ialah RM500 juta dan modalberbayar ialah RM162.817 juta. Ia mula beroperasi pada 22 Julai 1985 sebelum pembukaan rasminya pada 2 Ogos 1985 oleh Perdana Menteri Malaysia pada masa itu, Tun Dr. Mahathir Mohamed.

Perbadanan Takaful Malaysia adalah atas sokongan "Pasukan Petugas atas Kajian Penubuhan Syarikat Insurans Islam di Malaysia" (Pasukan Petugas) ditubuhkan oleh kerajaan Malaysia pada1981. Pasukan Petugas dalam laporannya memutuskan bahawa sebuah syarikat takaful yang berasaskan prinsip al-Mudharabah adalah satu usahaniaga yang bagus memandangkan para peserta berpeluang menyimpan, melabur dan memperoleh keuntungan berasaskan prinsip ini.

Takaful Malaysia dijadikan sebuah syarikat awam berhad pada 30 Julai 1996 disusuli dengan penyenaraian sahamnya di Papan Utama (kini bergelar 'Pasaran Utama' di Bursa Malaysia Securities Berhad. Modal dipertingkatkan kepada RM55 juta. Struktur modal sejak kini telah dipertingkatkan disebabkan oleh urusan penyusunan semula pada akhir tahun 2003 membawa kepada modal saham berbayar Takaful Malaysia kini berjumlah RM162.817 juta.

BIMB Holdings Berhad ialah pemegang saham utama dengan kepentingan sebanyak 65.22% di Takaful Malaysia. Di bawah Kumpulan BIMB Holdings Berhad, Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB), Bank Islam yang pertama di Malaysia ialah 51.00% subsidiari milik penuh BIMB Holdings Berhad. Selain kegiatan perbankan dan takaful, Kumpulan BIMB Holdings juga mempunyai minat di dalam broker saham, modal usaha rentan, amanah saham dan perbankan luar pesisir. Kumpulan BIMB Holdings merupakan pemangkin dalam membangunkan secara aktif bukan sahaja perbankan Islam dan takaful malahan pasaran modal Islam. Pada 1 Julai 2009, BIMB Holdings Berhad menjadi subsidiari Lembaga Tabung Haji selepas menambahkan pemilikan saham dalam BIMB Holdings Berhad kepada 51.47%.
- Sumber : Di sini

Saturday 7 January 2012

Salam Permulaan

Assalamualaikum saya mula blog Fahami Takaful ini dengan ucapan Bismillahirahmanirahim... semoga semua yang membaca blog ini akan mendapat manfaat dan keberkatan Allah